Dekonstruksi Bab 8 Hikayat Hang Tuah

Assalamualaikum. Pada hari ini saya ingin mendekonstruksi keperibadian Hang Tuah. Sebagaimana pada perbincangan lepas, saya telah pun menimbulkan persoalan mengenai sifat setia Hang Tuah. Maka, pada perbincangan kali ini saya akan memberi tumpuan kepada perwatakan Hang Tuah. 

Seperti yang semua sedia maklum, banyak kajian-kajian sebelum ini yang merungkaikan keperibadian Hang Tuah yang sangat gemar menuntut ilmu. Kegemaran Hang Tuah menuntut ilmu ini digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah apabila Hang Tuah banyak bergurukan pendeta-pendeta hebat. Malah gelaran laksamana yang diberikan kepada Hang Tuah bukan sahaja kerana kehebatannya dalam bertempur, akan tetapi kerana ilmunya yang tinggi membuatkan masyarakat Melayu sangat hormat kepadanya. Menuntut ilmu ini adalah satu kewajipan sebagaimana yang dituntut dalam Islam. 

Namun begitu, persoalan kepada keperibadian Hang Tuah boleh diajukan melalui apa yang digambarkan dalam bab 8 Hikayat Hang Tuah ini. Persoalan ini berlaku dalam peristiwa apabila Patih Gajah Muda meraikan kedatangan Raja Melaka dan Hang Tuah di Majapahit. Patih Gajah Muda menyajikan minuman arak kepada tetamu yang hadir termasuk Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah menceritakan keadaan Hang Tuah yang tidak mabuk walaupun telah minum minuman arak itu. Walaupun Hang Tuah seorang yang berilmu tinggi, namun peristiwa Hang Tuah meminum arak itu boleh dipersoalkan tentang keperibadiannya yang telah pun melanggar syarak Islam. Islam melarang penganutnya meminum minuman keras kerana ianya akan memabukan sehingga peminum itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Peristiwa inilah yang boleh membawa tanda tanya akan keperibadian Hang Tuah itu. Sekian itu sahaja daripada saya. Terima Kasih kerana sudi membaca.  

Comments