Keraguan kredibiliti Raja Melaka
Assalamualaikum. Pada perbincangan kali ini saya ingin mengulas dengan melihat penceritaan yang berkait dengan Raja Melaka. Sebagaimana penceritaan Hikayat Hang Tuah, kebergantungan Raja Melaka terhadap Hang Tuah sangat tinggi. Bermula daripada pengutusan Hang Tuah ke Inderapura untuk menyampaikan hajatnya meminang Tun Teja sehinggalah peristiwa ajakan Betara Majapahit kepada Raja Melaka untuk datang ke Majapahit memerlukan dorongan daripada Hang Tuah agar Raja Melaka bersetuju.
Benar sama sekali, dengan adanya seseorang yang diutuskan oleh penaung kerajaan itu sudah membuktikan kekuasaan raja itu di tanah naungannya. Tetapi keraguan kredibiliti Raja Melaka timbul setelah Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati dan gelaran Paduka Raja diberikan kepada Hang Jebat, Raja Melaka menjadi buntu kerana tidak dapat membendung sifat liar yang ditunjukkan Hang Jebat. Persoalan kepada kredibiliti Raja Melaka ini mampu diajukan seolah-olah Raja Melaka hanya mampu menyelesaikan masalah dengan bantuan Hang Tuah diluar kerajaan Melaka. Akan tetapi, apabila situasi kekecohan berlaku dalam istananya sendiri, Raja Melaka tidak mampu berbuat apa-apa. Segala masalah yang dilalui tidak mampu untuk diselesaikan dengan ketiadaan Hang Tuah disisinya. Hal ini mampu menimbulkan keraguan tentang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin kerajaan Melaka.
Comments
Post a Comment