Setia atas dasar kepentingan ?
Assalamualaikum. Kembali lagi bersama saya dalam perkongsian pengaplikasian dekonstruksi dalam Hikayat Hang Tuah. Pada hari ini saya ingin mengupas tentang kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka.
Dalam bab ini diceritakan bagaimana kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka melebihi segala-galanya sehinggakan beliau sanggup memasuki telaga tahi untuk menyelamatkan kuda tezi. Kuda tezi ini merupakan kuda kesayangan kedua-dua putera Raja Melaka. Persoalan mengenai kesetiaan ini timbul kerana kesan daripada tindakan Hang Tuah ini, beliau semakin lebih disayangi oleh Raja Melaka. Tindakan Hang Tuah ini sepertinya terdapat satu pengharapan lain iaitu untuk merapatkan lagi hubungan beliau dengan Raja Melaka demi mencapai kepentingan yang ingin dikecapi. Seperti yang kita tahu, kedudukan Raja Melaka itu sangat tinggi, sehinggakan segala keinginan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini boleh jadi kenyataan asalkan dipersetujui oleh Raja Melaka. Hal inilah yang telah mampu untuk mendukung persoalan mengenai kesetiaan Hang Tuah itu sendiri terhadap Raja Melaka. Sekian Terima Kasih.
Comments
Post a Comment