Hero sebenar Hikayat Hang Tuah
Assalamualaikum. Pada perbincangan kali ini, saya hendak melontarkan satu persoalan kepada pembaca semua. Persoalan yang ingin saya lontarkan ialah siapa hero sebenar dalam Hikayat Hang Tuah ? Hang Jebat atau Hang Tuah ? Oleh itu, mari saya sajikan dengan penceritaan daripada kedua-dua belah sisi pandangan Hang Tuah dan Hang Jebat agar terungkai persoalan ini.
Jika kita lihat pada sisi Hang Tuah, saya mengambil kira peristiwa pembunuhan Hang Jebat yang dilakukan oleh Hang Tuah. Dalam peristiwa ini Hang Jebat tewas dalam pertempuran bersama Hang Tuah. Akan tetapi, kematian Hang Jebat adalah disebabkan Hang Jebat terpedaya dengan tipu helah Hang Tuah dan terlepas keris Taming Sari kepada Hang Tuah untuk menamatkan riwayatnya. Adakah kesanggupan Hang Tuah menikam sahabatnya sendiri dengan memenuhi titah Raja Melaka ketika itu dianggap hero ?
Manakala jika dilihat pada sisi Hang Jebat, tindakan Hang Jebat yang mencemar duli dengan mengadakan hubungan bersama gundik istana telah mengundang murka Raja Melaka. Tujuan utama Hang Jebat adalah untuk membalas dendam keatas hukuman mati yang diberikan oleh Raja Melaka kepada Hang Tuah tanpa usul periksa. Kenyataannya Hang Tuah difitnah. Akan tetapi, tindakan Hang Jebat itulah yang mengizinkan Bendahara Paduka Raja untuk memberitahu hal sebenar bahawa Hang Tuah disembunyikan. Rentetan daripada itu Hang Tuah dititahkan Raja Melaka untuk membunuh Hang Jebat. Persoalannya adalah seandainya Hang Jebat tidak melakukan sedemikian, sudah pasti nasib Hang Tuah sendiri tidak akan dibela oleh sesiapa. Maka, adakah Hang Jebat hero sebenar dalam hikayat ini?
Persoalan inilah saya lontarkan kepada saudara untuk menjawab sendiri. Sekian. Terima Kasih.
.jpg)
Comments
Post a Comment