Posts

Keraguan kredibiliti Raja Melaka

Assalamualaikum. Pada perbincangan kali ini saya ingin mengulas dengan melihat penceritaan yang berkait dengan Raja Melaka. Sebagaimana penceritaan Hikayat Hang Tuah, kebergantungan Raja Melaka terhadap Hang Tuah sangat tinggi. Bermula daripada pengutusan Hang Tuah ke Inderapura untuk menyampaikan hajatnya meminang Tun Teja sehinggalah peristiwa ajakan Betara Majapahit kepada Raja Melaka untuk datang ke Majapahit memerlukan dorongan daripada Hang Tuah agar Raja Melaka bersetuju.  Benar sama sekali, dengan adanya seseorang yang diutuskan oleh penaung kerajaan itu sudah membuktikan kekuasaan raja itu di tanah naungannya. Tetapi keraguan kredibiliti Raja Melaka timbul setelah Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati dan gelaran Paduka Raja diberikan kepada Hang Jebat, Raja Melaka menjadi buntu kerana tidak dapat membendung sifat liar yang ditunjukkan Hang Jebat. Persoalan kepada kredibiliti Raja Melaka ini mampu diajukan seolah-olah Raja Melaka hanya mampu menyelesaikan masalah dengan bantua...

Alasan Hang Jebat dan Fitnah Hang Tuah

Assalamualaikum. Pada perbincangan kali ini, saya hendak mengupas peristiwa Hang Tuah difitnah sehingga mengakibatkan hukuman mati yang dititahkan oleh Raja Melaka. Dalam bab 15 Hikayat Hang Tuah, mengisahkan tentang Hang Tuah yang difitnah telah bermukah dengan dayang-dayang istana. Dalang yang menyebarkan fitnah ini ialah Patih Kerma Wijaya dan pegawai-pegawai istana yang lain kerana terlalu mencemburui Hang Tuah, yang sentiasa mendapat tempat di hati Raja Melaka. Akibatnya Raja Melaka murka dan menitahkan hukuman mati ke atas Hang Tuah. Pengaplikasian dekonstruksi pada peristiwa fitnah ini menimbulkan satu persoalan iaitu adakah benar Hang Tuah itu difitnah atau hendak menunjukkan 'kesucian' Hang Tuah itu? Hal ini kerana, seperti yang kita tahu, ketampanan Hang Tuah itu mampu membuatkan semua perempuan ketika itu suka dan jatuh cinta kepadanya. Malah bukan sekadar rupa, suaranya juga sudah mampu memikat hati gadis-gadis ketika itu. Perkara ini juga ada diceritakan pada bab l...

Hero sebenar Hikayat Hang Tuah

Image
 Assalamualaikum. Pada perbincangan kali ini, saya hendak melontarkan satu persoalan kepada pembaca semua. Persoalan yang ingin saya lontarkan ialah siapa hero sebenar dalam Hikayat Hang Tuah ? Hang Jebat atau Hang Tuah ? Oleh itu, mari saya sajikan dengan penceritaan daripada kedua-dua belah sisi pandangan Hang Tuah dan Hang Jebat agar terungkai persoalan ini.  Jika kita lihat pada sisi Hang Tuah, saya mengambil kira peristiwa pembunuhan Hang Jebat yang dilakukan oleh Hang Tuah. Dalam peristiwa ini Hang Jebat tewas dalam pertempuran bersama Hang Tuah. Akan tetapi, kematian Hang Jebat adalah disebabkan Hang Jebat terpedaya dengan tipu helah Hang Tuah dan terlepas keris Taming Sari kepada Hang Tuah untuk menamatkan riwayatnya. Adakah kesanggupan Hang Tuah menikam sahabatnya sendiri dengan memenuhi titah Raja Melaka ketika itu dianggap hero ?  Manakala jika dilihat pada sisi Hang Jebat, tindakan Hang Jebat yang mencemar duli dengan mengadakan hubungan bersama gundik istana ...

Ubat Guna-Guna kerana malu ?

 Assalamualaikum. Pada perbincangan kali ini saya ingin mengupas peristiwa Tun Teja dilarikan oleh Hang Tuah ke Melaka. Seperti yang sedia maklum, pada bab 9 Hikayat Hang Tuah diceritakan tentang Tun Teja yang ingin dikahwinkan dengan Megat Panji Alam Terengganu atas sebab perdamaian antara kedua-dua kerajaan ketika itu. Akan tetapi, setelah Tun Teja melihat wajah dan keperibadian Hang Tuah, Tun Teja mula jatuh hati.  Pada bab 10 inilah menceritakan bagaimana Hang Tuah menggunakan ubat guna-guna agar kecintaan Tun Teja itu semakin menebal. Pengaplikasian dekonstruksi boleh dilihat dari peristiwa kesanggupan Tun Teja menolak untuk dikahwinkan dengan Megat Alam Panji Terengganu dan beralih cintanya kepada Hang Tuah. Penceritaan Hang Tuah menggunakan ubat guna-guna ini boleh dipersoalkan sama ada benar Hang Tuah berbuat demikian atau sebenarnya penceritaan ini ingin menutup malu kerajaan Terengganu ketika itu? Hal ini kerana, tidak logik jika seseorang itu menolak pinangan dari k...

Setia atas dasar kepentingan ?

 Assalamualaikum. Kembali lagi bersama saya dalam perkongsian pengaplikasian dekonstruksi dalam Hikayat Hang Tuah. Pada hari ini saya ingin mengupas tentang kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka.  Dalam bab ini diceritakan bagaimana kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka melebihi segala-galanya sehinggakan beliau sanggup memasuki telaga tahi untuk menyelamatkan kuda tezi. Kuda tezi ini merupakan kuda kesayangan kedua-dua putera Raja Melaka. Persoalan mengenai kesetiaan ini timbul kerana kesan daripada tindakan Hang Tuah ini, beliau semakin lebih disayangi oleh Raja Melaka. Tindakan Hang Tuah ini sepertinya terdapat satu pengharapan lain iaitu untuk merapatkan lagi hubungan beliau dengan Raja Melaka demi mencapai kepentingan yang ingin dikecapi. Seperti yang kita tahu, kedudukan Raja Melaka itu sangat tinggi, sehinggakan segala keinginan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini boleh jadi kenyataan asalkan dipersetujui oleh Raja Melaka. Hal inilah yang telah mampu untuk menduk...

Dekonstruksi Bab 8 Hikayat Hang Tuah

Assalamualaikum. Pada hari ini saya ingin mendekonstruksi keperibadian Hang Tuah. Sebagaimana pada perbincangan lepas, saya telah pun menimbulkan persoalan mengenai sifat setia Hang Tuah. Maka, pada perbincangan kali ini saya akan memberi tumpuan kepada perwatakan Hang Tuah.  Seperti yang semua sedia maklum, banyak kajian-kajian sebelum ini yang merungkaikan keperibadian Hang Tuah yang sangat gemar menuntut ilmu. Kegemaran Hang Tuah menuntut ilmu ini digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah apabila Hang Tuah banyak bergurukan pendeta-pendeta hebat. Malah gelaran laksamana yang diberikan kepada Hang Tuah bukan sahaja kerana kehebatannya dalam bertempur, akan tetapi kerana ilmunya yang tinggi membuatkan masyarakat Melayu sangat hormat kepadanya. Menuntut ilmu ini adalah satu kewajipan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.  Namun begitu, persoalan kepada keperibadian Hang Tuah boleh diajukan melalui apa yang digambarkan dalam bab 8 Hikayat Hang Tuah ini. Persoalan ini berlaku dalam p...

Kesetiaan Hang Tuah

Image
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Pada perbincangan kali ini saya ingin mengupas bab 10 pada hikayat epik Melayu iaitu Hikayat Hang Tuah dengan menggunakan dekonstruksi sebagaimana yang diketengahkan oleh Jacques Derrida. Umum mengetahui bahawa Hikayat Hang Tuah sangat istimewa dan terkenal dalam peradaban Melayu Nusantara.  Jika kita berkata mengenai ciri-ciri seorang pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah, maka tidak akan terlepas dari bibir individu yang membaca hikayat ini tentang kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka. Malah, kesetiaan Hang Tuah itu melebihi nyawanya sendiri sebagaimana yang dinaratifkan pada Hikayat Hang Tuah. Perkara ini juga ditegaskan dalam sebuah artikel yang dihasilkan oleh Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa dan Wayu Nor Ashikin Mohamad yang bertajuk Hang Tuah Lambang Peradaban Bangsa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji memperlihatkan kesetiaan Hang Tuah kepada Raja Melaka berdasarkan kepada penghayatan pengkaji-pengkaji kepada Hikayat Hang T...